Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Badan Ihsan Anggota Jabatan Pendidikan Selangor Kali Ke-11 Tahun 2026 bertarikh 22 April 2025 telah menerima usul supaya kutipan yuran keahlian dan sumbangan kematian Ahli Badan Ihsan adalah sebanyak RM61.00. Oleh yang demikian, semua ahli dimohon untuk membayar yuran keahlian tahun 2026 dan sumbangan kematian 2025 seperti berikut:
Yuran keahlian 2026 : RM 5.00
Sumbangan kematian 2025
(RM 1.00 Setiap Kematian x 56 Orang) : RM 56.00
Jumlah keseluruhan : RM 61.00
3. Untuk makluman semua, nama seperti di Lampiran adalah 56 orang Ahli Badan Ihsan yang telah meninggal dunia pada tahun 2025.
4. Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan untuk menghebahkan berita ini kepada semua ahli Badan Ihsan di bawah pentadbiran tuan dan meminta ahli serta murid sekolah yang beragama Islam untuk membacakan Surah Al-Fatihah dan disedekahkan kepada semua arwah.
5. Jawatankuasa Induk berhasrat untuk menyerahkan wang kutipan kepada waris si mati dalam masa terdekat. Guru-guru dan kakitangan yang bukan ahli boleh turut serta untuk menderma melalui Tabung Badan Ihsan.
6. Pembayaran yuran dan sumbangan oleh setiap ahli boleh dibuat melalui Sistem Badan Ihsan di pautan https://myihsan.net . Pembayaran boleh dibuat sekali gus atau dua kali berdasarkan tarikh dan jumlah yang telah ditetapkan. Baucer bayaran pertama berjumlah RM33.00 (yuran: RM 5.00 dan sumbangan: RM28.00) dan baucer kedua berjumlah RM28.00 (Sumbangan) telah dijana dalam portal Badan Ihsan. Bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 7 Julai 2026. Segala urusan pembayaran adalah secara dalam talian dan bayaran secara tunai tidak diterima.
7. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan tanggungan anak-anak atau waris. Kerjasama dan keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian..
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
MOHD BAKHTIAR BIN MATAL
Setiausaha
Badan Ihsan Aggota Jabatan Pendidikan Selangor